Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Monday, 4 November 2013

.random #3.

'main futsal satg nak?'
"pukoi?"

'11 malam.'
"tengok ah kalau rajin aku p"

**

'berapa kali hang sentuh bola? berapa kali hang score? hang pasaipa?'
"main futsal lah"

'depa suka hang macam ni, aku tak suka'

**

mood dihentam malam ni. teruk.

dengan lapar sampai ke tengah malam. buku jangan kata, memang tak tengok lagi. game memang hancur. orang lain penuh gelak ketawa, riang. jeles.

apa masalahnya?
aku nak terajang orang ja.

**

p.s : lapaq.
Sunday, 3 November 2013

.tafsir kata.

aku tersenyum membaca bait kata yang disampaikan dalam khidmat pesanan ringkas. macam macam perkara boleh ditafsirkan kalau ikut apa yang dikata dan disampaikan. jump into conclusion is easy at this moment. tapi perlu dibawa bersabar. perlu difikir dengan rasional minda ; kalau ada. 

the scary thing about dating is that you are either going to marry that person or break up.

p.s : ada orang nak betulkan grammar saya.
Wednesday, 30 October 2013

.examination.

minggu kebahagiaan datang lagi. minggu peperiksaan kan ini. semua orang bahagia. tak ada lagi kelas, tak ada lagi bebelan pensyarah, tak perlu bangun awal awal pagi untuk siap make up ke kelas. semua tak perlu. bersabar pada tarikh yang sepatutnya, bangun dan jawab kertas soalan. hah!

pendidikan sivik dan kewarganegaraan

itu paper pertama semester ini yang merasmikan minggu peperiksaan aku. semua kata sivik senang. memang lah senang kalau 'sivik'. pengisian sivik tu yang susah sebenarnya. tambah tambah dengan orang yang tak cukup sivik macam aku ni. elok dah tu dapat minor ni. haha!

bermula dengan kisah hari selasa 'dihalau' pulang ke ipg oleh mak T_T  selasa petang, sampai dekat ipg tercinta. sangat tercinta. sebelas malam ; usha spot. dua belas tutup kertas. sambung layan buah hati. hahaha! malam tu jugak ada bola, Chelsea vs Arsenal. dan Chelsea menang 2-0 ^^ tap! enam pagi. 

belajar. katil dan bantal. belajar. solat. makan. semua dalam masa dua jam. exam pukul dua, 1.35 petang menjamah selera di kafe kak zar. sempat ja, semua orang kalut nasihat kata tak payah makan nanti lambat. kalau lambat sekalipun bukan tak boleh jawab exam terus. kann? 

dua petang mula. empat setengah habis. pukul tiga setengah siap. keluar dewan terus. 

hancur rasanya paper tu. memang tak cukup sivik ah.

p.s : mood menulis.
Sunday, 27 October 2013

.mood isnin.

its been proved that good things never comes to those who wait.

katanya, tiada apa yang akan berubah.
tengok, apa yang dah berubah sekarang.

'i dont need any reply'

rude.

**

apa yang menyebabkan nampak aku yang salah?
sebab dia si bijak pandai.

not every 'sorry' deserve an "its okay" in return.

**

Thursday, 24 October 2013

.random #2.


zaman muda muda dulu banyak cerita
dari yang indah sampailah yang palat

yang membuatkan aku kuat.



Tuesday, 22 October 2013


show me that good things comes to those who wait.
lima hari.

bertahan.
Wednesday, 25 September 2013

.Festival Futsal Kebangsaan.

pagi esok akan bertolak ke Bangi. Festival Futsal yang dingini aku akhirnya berjaya juga diaturkan untuk masuk bertanding. kisahnya lebih perit kali ini. aku dah agak mesti tak berjalan baik secara bereterusan. penarikkan diri dua orang sahabat memang memeningkan kepala. 

dalam masa yang terhad, aku perlu mencipta team kedua yang baru dan mengharapkan ada sesuatu yang boleh dilakukan di sana. masalah timbul sekali lagi dan poooff! team ketiga sudah siap dan aku mengharapkan keajaiban saja di sana.

23 jam lagi untuk bertolak.
doakan kami.

p.s : aku tak pernah kalah sebelum ni.

.at my best.

i tried
i tried
i tried
i tried
i tried
i tried

i'm tired.


Wednesday, 18 September 2013

.random #1.

krisis.

perkataan yang menggambarkan masalah. siapa takda krisis? yang paling common, krisis keluarga dan krisis kewangan. oh, dan juga awek dan kawan.

i'm not a drama king. so stop being drama queen.

ingatkan aku tu bagus. tapi jangan menyampai nyampaikan cerita yang entah apa apa. tak, bukan isu aku tak nak percaya tapi kes sekarang, kau tu bodoh. maaf lah, tapi memang ; bodoh.

everyone can tell you how wrong someone is for you, but in the end, all it comes down to is that you can't help who you fall in love with.
Saturday, 7 September 2013
scroll fesbuk pepagi.
nampak banyak benda pelik pelik.
status entah apa apa.
gambar tak senonoh budak ipg.

yelah, kapel kan.
dan tetiba rasa loya.

bluerkkk.
muntah. serius aku muntah.

p.s : ke aku mengandung?
Thursday, 5 September 2013
kekerasan bukan segala galanya. bukan cara menyelesaikan masalah. 

memang tak. tapi salah satu cara nak selesaikan masalah adalah dengan kekerasan, bodoh.


Tuesday, 27 August 2013

.Festival Futsal IPG.


menerima jemputan tak langsung untuk menyertai pertandingan futsal. setiap ipg boleh menghantar dua pasukan. satu pasukan layak secara automatik. satu pasukan lagi dipilih jika masih ada kekosongan. ceh! macam cari kerja pulak.

ipg mesti sponsor punya kan? haha. nak bawak team sendiri. tapi malangnya pasti ada pertikaian. pelajar semester lapan dan pelajar semester empat serta pasukan lain semester enam. masing masing terer kan. heh. aku tak harap pun team aku layak secara automatik. tapi,

sepanjang tournament peringkat ipg dan dalaman, kami tak pernah kalah. 
johan. johan. johan. johan. johan. 

bukan berlagak, cuma terasa hati. 

heh.

p.s : Kala Jengking Bisanya Dimana? 
Wednesday, 14 August 2013

.typical sterotypiss.

the loneliest people are the kindest. the saddest people smile the brightest. the most damaged people are the wisest. all because they do not wish to see anyone else suffer the way they do. 

hampir semua orang menilai seseorang berdasarkan rupa paras. pakaian. mahal ke tidak? jenama apa? itu yang penting. sebaik saja kita menilai orang dengan begitu, ia tak menentukan nilai orang itu bagaimana sebaliknya menunjukkan nilai diri kita yang paras mana takat celakanya. beauty is the curse in the world. it keep us from seeing who the real monster are.

aku kenal raksasa sebenar yang bersembunyi disebalik bijak tutur kata dan cantik gaya mengenakan pakaian. hebat permainannya. lelaki dan perempuan sama saja tiada yang terkecuali. pada pandangan dan hemat aku, they used the 'dalil' and 'hadith' to protect all those things that they keep mess it up. bicaranya seperti aku tak punya ilmu agama. 

mengapa perlu berlagak punya motor cantik?
mengapa perlu assabiah geng blackberry?
mengapa perlu berpurdah jika tutur bicara lembut menggoda?

aku tak pernah buka aib orang. aku tak pernah cerita kisah di stesen bus sungai petani kepada sesiapa pun. tapi celakanya kau, kau tikam belakang kawan. belakang aku. depan aku, pijak semut semut pijak kau balik. nak je aku perli padat. tapi aku tahan. 

ke boleh budak agama sama budak agama makan semeja dekat marrybrown ; berdua? 
ke boleh budak kopiah dengan tudung labuh jumpa dengan sweet dekat stesen bus?
ke boleh budak persatuan sesama tengok wayang?
ke boleh si lelaki bawa si perempuan ke majlis ilmu?

mutawatir mana. riwayat mana.
heh.

**
p.s : try not to take it personally.




Friday, 2 August 2013

.aku panggil mak, adik panggil mama.

aku tahu mak selalu rindu akan anak anak dia. 
aku tahu mak selalu rindukan anak lelaki yang dia panggil, abang. 

setiap hari mesti ada panggilan daripada mak.
tak pun aku akan memanggil bertanyakan khabar.
give and take. walaupun bercakap sebentar.
sekurang kurangnya aku tahu mak sihat dan mak tahu aku okay.

dua tahun aku dalam perwakilan kampus. dua tahun yang amat sibuk. mana dengan komitmen kerja lagi. dengan komitmen kelas lagi. dengan kawan kawan. dan segala yang datang di antaranya. memang aku dah cukup serabut dah. mak pernah tanya ; "sampai bila abang nak sibuk macam ni?"

bermula pagi dengan kelas. petang dengan riadah. dan malam dengan pengajian kitab atau mana mana majlis ilmu. campur makan malam, paling paling pukul sebelas malam baru sampai IPG. itu pun kira awal. pernah je jadi rutin harian balik pukul satu pagi. dan untuk rumah aku, pukul sepuluh dah lewat. semua akan settle things down and go get their bed. itu kalau aku takdak. kalau aku ada, pukul satu pun still ceria. teman along marathon running man dengan mak. dua adik kecil akan leka main game nak tengok sapa lagi kuat. dan ayah akan gulung rokok daun dan hisap ; dekat luar. 

dan sekarang dah cukup tujuh bulan aku 'bebas'. dan aku rasa aku dah bagi sepenuh komitmen dekat mak ayah. disuruh pulang, aku pulang. disuruh itu, jadinya begitu. disuruh ini, begini jadinya. aloqstaq-kangaq tak lah dekat mana. tapi dek memikirkan jangka hayat kedua ibu bapa aku yang tarikh luputnya bila bila masa saja, semuanya baik saja. arin selalu cakap soal duit. bazir minyak ulang alik macam tu. tapi dia lupa, satu hari nanti, mak dan ayah akan pergi untuk selama lamanya dan waktu tu, lautan duit takkan ada gunanya jika dimiliki sekalipun. 

aku dilahirkan sebagai manusia yang beruntung dan perlu belajar erti bersyukur. rumah dekat, kemudahan ada. tak sama dengan kawan kawan yang lain. rumah jauh merentas negeri. arin dekat johor, fira dekat selangor, fiza dekat kelantan, akid dekat terengganu, izhar dekat perak. jauh semuanya. dan akan ada satu ketika dalam hati, rasa ingin pulang membuak buak. datang rasa sedih mengundang sayu di jiwa. homesick.

mereka tetap pulang jika terlalu rindu. 

**

good friends, good books, and a sleepy conscience ; this is the ideal life - MT

p.s : masih bernyawa dengan tegar menghirup udara milik ALLAH. 
Wednesday, 31 July 2013

.the other part of me #2.

24 Ramadhan, alhamdulillah.

kafarah dosa tujuh hari berterusan dalam fasa maghfirah, harapnya aku tak gagal. 

pensyarah datang dan pulang. guru masuk dan keluar. begitulah dugaan untuk tiga minggu pertama praktikum. 

**

dengar belum kisah playboy aku? pergi cari di setiap penjuru IPG tu, pasti ketemu. 

aku yang dalam kelam dan penuh tanda tanya. sapa pulak nak nak buat cerita ni? apakah sikap menyampai nyampai menjadikan cerita asal dah tak seperti keadaannya yang baik? siapa yang jadi periwayat yang memesongkan cerita? 

sahabat telefon untuk mencerita dan mengkhabarkan kisah gempar ini! 

aku ketawa, tak henti.
rasa macam bodoh pulak. 

takdanya nak takut. tak betul pun stori tu. kalau berani, mai sembang depan depan lar. heh!

kalau kita membawa perwatakan sebagai seorang yang bertudung labuh, jaga perlakuan. peduli lah kau opsyen apa pun. lagi sakit kalau kau memang opsyen agama, datang canang cerita yang bukan bukan. aku tak hensem pun, fitnah lar orang lain. ok?

aku sentiasa gembira. jangan risau. biar yang memerli di tuitter. atau yang mengata terus menerusi pesanan ringkas di henfon. aku tetap gembira. sampai satu masa, giliran kalian pula. percayalah kata aku yakinlah janji Allah   =)

**
the reason people find it hard to be happy is that they always see the past better than it was, the present worse than it is, and the future less resolved than it will be. 

**

p.s : salam sepuluh terakhir ramadhan. 
Sunday, 21 July 2013

.praktikum #2.


hampir seminggu meninggalkan kampus tercinta. yang tercinta. ya tercinta.  dan dengan seminggu itu juga lah aku bermaustatin di negeri sendiri tetapi daerah asing.

pendang. 

jarang aku ke mari. jarang sampai ke daerah ini.apatah masuk ke dalam pedalaman mukim sebegini. dengan capaian teknologinya kurang, dengan darjah ketersampaian pun agak mengecewakan. kemudahan usah dibicarakan. photostat sahaja perlu ke pekan pendang. eh, pekan kan? lima belas minit diharungi di atas jalan yang berliku dengan kurang kondusif bersama kabur dek malam dan silau kerana siang. 

rumah.

rumah 'sewa' tanpa nama. bil air dan api yang perlu dibayar sahaja. terbaik bukan? itulah anggapan kebanyakkan orang. baru seminggu, satu per satu mula terbongkar. kisah entiti tak dikenali atas nama makhluk Tuhan. taknak cakap banyak. ni tengah malam. tadi ada sorang budak darjah tiga kata ;

"nampak tak tuu, dia kena ikat" 

dem!

**

aku rindu IPG. rindu SNI. rindu mereka mereka. rindu sangat. 

selalunya, dapat ciuman setiap malam. bunyi macam gay bukan? tapi tak. lelaki perkasa semuanya. khamis malam jumaat, terkejut dengan kelibat payad di masjid. tak cakap nak balik, dah tetiba ada. pipi aku dicium juga di dalam masjid. tak rasa janggal langsung. bukan berlaga pipi, memang ciuman mulut ke pipi. euuwww bukan? 

khidmat pesanan ringkas diterima :

nak aku survive dua bulan tanpa hang lah ni?

awak kuat kan? awak sahabat yang kuat kan? teruskan usaha untuk galas tanggungjawab. selesaikan apa yang diperlukan. Allah sayang hambaNya yang berusaha, mana mungkin tak dibalas kejayaan. mungkin ditangguh seketika, awak sabar ye? =)

**

p.s : sanggup ulang alik as-kangaq daripada ulang alik pendang-as. 
Thursday, 11 July 2013

.the other part of me #1.

dua ramdhan.

berjaya mengharungi hari hari yang perit. dalam menghampiri ke gerbang madrasah ramdhan yang mulia, fizikal aku kuat tapi sayangnya mental mula memberontak. dek kerana cerita orang, macam dah lost sikit dalam dunia sendiri. 

berkurung.
malu.

pintu bilik dibuka perlahan. taknak toleh. 

'solat dakg?'

**

"awat tiba tiba ni?"
'melawat kawan yang sakit, salah?'

"aku malas dah, aku nak tidoq"
'bangun sembahyang lar bijak, satg kita cerita'

aku tak tau kenapa, mengapa diadakan stori begitu? salah aku sampai tahap mana? selama ni aku diam je. jalan selamat untuk kesemuanya. orang kata, diam. enggan membantah. biar aku jadi pendengar setia walau untuk masalah aku sendiri. dan kau tiba tiba datang jaja stori menyelamatkan diri kau? fuh! 

'takpa mi, nak masuk ramadhan ni maafkan salah dan silap semua orang'
"depa kata doa orang teranaiya dimakbulkan?"

'doalah'
"untuk fitnah itu, moga kembali kepada kamu. untuk dosa itu, moga kamu hilang kuasa yang ada. untuk penipuan selama ini, dibalasnya setimpal. maka selayaknya, aku serahkan kau kepada Tuhan."

"amin cepat!"
'teruk sangat tuu mi'

peduli pulak kau.

**
p.s : tiga ramdhan, mood stabil.
Wednesday, 19 June 2013

.doktrin sebelum ramadhan.

mahu segera bergegas pulang ke negeri tercinta. aku menghitung supaya segalanya mudah dan insyaAllah dipermudahkan. 

kelas tamat jam dua belas tengahari.
petang training.
malam kuliah.

enggan mengeraskan hati untuk tidak bersama dalam majlis ilmu semata mata mengejar kesempatan menikmati hal dunia. sepertinya sudah boleh pulang pada saat dan waktu usai solat zuhur. 

**

'enta ada minyak atar?' tanya murobbi. 

dicalit sedikit di tangan beliau. beliau menarik tangan dan melarikannya diatas baju dan muka. ingin rasa segar sebelum berbicara bersama anak anak juang yang lain, selepas aku.

'praktikum mana?' 
"pendang" 
'tudiaaaaaa... jauhnyaa'

aku senyum nipis segaris.

tangan diraih. dicium kiri dan kanan. aku membisik, nak balik aloqstaq, seruan ibu. =)

'ni payah kalau rumah dekat' gumam beliau. 

**
wajah ulama' tersohor negara dari indonesia dipadang.

syeikh nuruddin marbu al banjari al makki masih tenang dengan pengucapan dialek nusantara yang pekat namun mampu juga difahami. tausiyah dan nasihat berantai dan saling mengingatkan.

'kita pegang konsep yang ALLAH Maha Melihat, cukup!' dari hadapan masjid yang jelas membulatkan mata jemaah yang pada ketika itu lentok dek dingin angin subuh. yaa, termasuk aku.

*

perlahan beliau menghamipiri. kaget. aku memegang motosikal tanpa lepas dan keras membatu. 
syeikh memandang dan tersenyum.

dalam hati, fuh! ingatkan nak suruh bawak pusing taman perumahan ni. =P

**

p.s : rantaian tali tarbiyah Allah tak pernah hilang. ada, carilah mesti ada. 
Monday, 10 June 2013

.lautan dalam jangan diduga.

masuk akal. 

aku baca berulang kali 'surat cinta' yang dihantar itu. aku tak nampak apa puncanya. 
aku baca dan terus membaca.

satu ketika aku pernah berkata. 'tak salah nak jadi diri sendiri'.
ramai yang bersetuju, tapi tak semuanya mampu menerima. 
lawak. belot pada kepercayaan dan pegangan diri sendiri. 

kalau nak buat keputusan yang melibatkan orang lain, kena berbincang.
efek hidup orang sekeliling.
bukan diri sendiri saja.

aku boleh pergi sejauh heartless-i dont know who are you. 


i'm done for whatever it is - Jesse

**

p.s : respon hanya pada perbincangan bukan keputusan.
Thursday, 30 May 2013

.casuale #4.

the only date i get is update.

mungkin orang tua tua rasa lawak kot duk melawak bab nikah kawin ni. jumpa anak dara sikit, haaa ; available ni. bla. bla. bla... seriously? i just drop the fuck i'm about to give.

di rumah sahabat emak. 

mula lah bermacam ragam.
itu dan ini.

anak saya, anak kamu.
sepadan dan secocok.

stop.

**
i'm technically single.
but my heart is taken by someone i can't call my own.

bila topik perbualan mula berubah. dari sembang biasa ke sembang pasangan hidup, buat aku sedar. yang aku sudah meningkat dewasa. bahagian matang, belum tentu. tapi dari faktor umur, sepatutnya aku sudah waras kerana aku juga punya akal. berfikir. 

drop the subject.

**
'of coz you can't fly. you are falling down because you choose to.' 

p.s : give up and lose nothing ; how?
Tuesday, 28 May 2013

.an empty sheet full of colors.

suasana kurang riuh dalam keramaian di petang hari. yelah. dah melewati masa kenduri yang ditetapkan, yang berkumpul saat itu cuma kaum kerabat terdekat. aku sendiri tak mampu bezakan yang mana sebelah ayah aku, yang mana sebelah mak aku. aku lihat masing masing 'masuk' dengan peranan.

lauk sendirian berhad.
semua masak sendiri.

di depan aku ketika itu ada lutfi, izzati dan najiha. datang dari pulau pinang singgah di kedah mahu pulang ke IPG. kursus JPAM. seriously? holiday sayang. stay at home, wake up late. playing around, have fun. pendapat aku. no offence. 

melayan makcik, pakcik, anak menantu, aku-kenal-kau-siapa. dan aku tak mampu memberi layanan penuh kepada mereka bertiga. tambahan pula, mereka bertiga sahaja kawan dari kampus yang aku jemput. rasis bukan? -_-" 

**
mereka mahu pulang. . . 

'tokcik tanya yang mana...!'

terkedu. ramai kot time tu. yang mana apa? calon. okaaaayyy. 

izzati dan najiha dah tak pandang belakang. takut di salah anggap. hahaha

**
cheating is a choice,
not a mistake. 

in relationship, you've to be honest. 


'if you hold back feeling because you are afraid of being hurt, you end up hurting anyway'

"nad, i don't need a relationship advise from someone who spend all the time, single."

'belagak.'
"it changes nothing"

**
p.s : ini post ber-macam. tiada kaitan antara stories. 
p.s : we met for a reason, either you are a blessing or a lesson.

Sunday, 19 May 2013

.casuale #3.

junior post :

"esok last paper, alahaii tak study lagi ni" 

hah?! 

aku empat paper lagi, tapi tak study lagi pun. 

**

paper berikutnya. pendidikan jasmani. 

doakan saya. serius ni, doakan. 

**
p.s : Tania, ye Tania nama laptop ni. officially. haha!
Friday, 17 May 2013

.anak uncle nasir.

sedikit terkasar dalam bermain dan sakitnya kekal hingga sekarang. ubat, tetap diubati. tapi rasa yang ini tetap ada. sepertinya, tidak mahu kemana mana. betapalah dalam buku lali tuu. -_-"

rasa sakit yang tak mampu diungkapkan. jatuh terus di gelangang futsal dan untaian air mata usah dicerita. apa salahnya nak menangis? sakit tahu? sakit dalaman yang kita tak nampak, lagi sakit. reti? bengkak. 

**
sebelum melarat dengan lebih teruk, dengan keadaan aku yang tak mempunyai teman sebilik ; pandu pulang sahaja. lebih baik di rumah sendiri bukan? =)

berhenti untuk menikmati juadah makan malam bersama seorang sahabat, juga dari kampus yang sama.

nasi lemak royale. 
sedap. 

**

dua jam masa yang diambil untuk makan. haha! banyaknya bersembang. 

mereka kata aku jenis yang pendiam. yang tak bercampur dengan orang.
ada betulnya juga.

aku kurang bercakap dengan mereka mereka yang tak berapa nak dikenali. yang aku sendiri tak tahu hati budi dan bicara hati masing masing. masakan nak melawak seperti selalunya? takkan nak perli macam dah biasa? pasti ada ruang 'awkward' yang tercipta dek ketidak-kenalan itu, kan? 

di meja bulat itu, seperti ada cerita yang hendak disampaikan ; aku menduga. 
dan memang ada. =)

**
"aku block ramai budak budak perempuan dekat tuitter." 
"cukup lah kan ada fesbuk aku, yang tuitter bagi lar orang lain pulak follow" 

aku ketawa dengan statement tu. begitu rupanya. ramai. ingatkan insan terpilih saja. 

sembang.
bicara.
cambahan.

tak lekang dari meja kami, ilmu. 

sebab tu aku suka kalau dia jadi imam untuk solat maghrib. pasti akan ada tazkirah ringkas selepasnya. dan tazkirahnya selama ini memang menarik. tak pernah aku jemu. ^^

"aku tak rasa kita akan posting dengan mudah" 

.
.
.

**
p.s : dia dah dapat job dengan Telaga Biru. aku bila lagi? 

.untuk sisa baki kertas yang ada.

empat paper lagi untuk dilalui. dekat sangat tanpa selang hari umpama kami belajar dan baca sekali lalu, terus melekat di kepala. dan yang sebenarnya aku tak faham, kenapa dan mengapa jadual jadi begini. dari induk? hahaha. jangan nak tipu. 

semester sama. kos sama. ipg lain. dah setel paper minor.
tapi aku? 

mereka tinggal dua paper major bm sahaja. rabu dan khamis. itu induk, berpusat. soalan selaras.

dan soalan untuk subjek minor, kan kampus masing masing yang sediakan? dah kenapa jadi macam ni? aku tak faham. tak faham jelah. bukan nak salahkan mana mana pihak. kang terasa pulak aku mengata. 

**
doakan saya dan rakan rakan. 

masih belum terlambat bukan?
salam imtihan =)

**

p.s : guna laptop 'sayang' saya. 
Friday, 3 May 2013

.casuale #2.

selesai bertugas sebulan sebagai guru sementara. pulanglah para ilmuan cerdik itu ke kampus. 

bilik lutfi tak pernah lekang dari kunjungan sahabat yang lain. anu sibuk dengan snooker online bersama buddies luar negaranya. pian taat dengan i pad - entah siapa punya. dan ramai lagi yang melingkar disitu. mengejutkan, lutfi memegang buku ; pengurusan bilik darjah. hahaha! 

wan mencabar untuk satu pertarungan chess online. antara aku dan dia. tag team, beliau dan anugerah. dan aku bersama peejoy. math versus bahasa. aku nampak detik kekalahan sebelum bermula lagi. bukan tak yakin, dah memang aku tak terer pun. 

lima belas minit berlalu. 

dan kami menang. hahaha! 
pecah ketawa dengan nada belagak dari dalam bilik. =)

**
aku perlu menghala satu perbincangan bagi mendapat khidmat nasihat. hal yang terpenting, dan malangnya ; sekali lagi. entah ini perbincangan kali ke berapa? moga bertemu jawapan, harapnya. 

dimarahi.
ditengking.

tanda beliau protes.

**
p.s : perang dengan naga. 
Sunday, 28 April 2013

.sungguh aku rindu.

aku penat.

saat ini aku mahukan rehat.
dari segala galanya.

esok dugaan kembali semula.
kampus!

**
selesai pemantauan kali terakhir. aku pulang ke kampus tercinta. melihat, seakan rindu pada suasananya. 

berdiri di tengah gelangang futsal warisan. tersenyum dua tiga orang ketika itu. dihujung sana, aku dengar suara kecil menjerit memanggil aku dan bertanya. tak dipedulikan. aku pura pura tidak mendengar apa apa. ajar sikit. tahu pun rindu. =P

dalam SNI. bermurah hati hendak semua dipeluknya. hampir separuh perlu dicium tangan.

jeritan dari sudut belakang. aku toleh. senyum... 

datang terus kepadaku dan memeluk aku. pelukkan erat. harap ini adalah hadiah rindu yang Kau buatkan. aku tak berkata apa apa. cuma menunggu bicara dari dia. dan ternyata dia rindu. disapa, 'jom makan' merungkai segalanya. :)

**
sudah lama aku tak menyumbangkan suara di SNI. harap subuh kali ni sempat. doakan :) 

p.s : kalau bisa aku nyatakan, pasti akan aku lakukan. 
Monday, 22 April 2013

.praktikum #3.

puan datang. 
terus ke bilik tayangan.

tunggu masa. sepuluh empat puluh lima pagi. 

**
selesai penyelian pertama. aku puas.

ingat aku kisah siapa sedang memerhati? yang penting mengajar dengan cara sendiri. =)
pujian melangit. cantasan membina. 

'fail kamu antara yang terbaik' 

mampu menghidupkan riak. namun, ditepis. sedikit usaha lebih dari orang lain. pooff! good things. 

**
kalau puan tahu, RPH tadi adalah hasil daripada perahan otak setengah jam sebelum bermula kelas. kalau puan tahu fail baru mula disusun pada pukul tujuh empat puluh lima pagi tadi. semuanya kerana Allah. 

mampu? sebelas malam puan call cakap nak datang esok.
dan malam semalam ada bola. epic clash. macam mana nak consider untuk tinggalkan? 

decide untuk masuk tidur. how nice was that rite? 

**
p.s : esok sambung sukantara. 
Thursday, 4 April 2013

.praktikum #2.

khamis. dengan tiba tiba puan berdiri di muka pintu bilik guru. terdiam aku. 

'saya nak tengok buku RPH'

buku tebal dipandang, helaian demi helaian diteliti. 

pada ringkasan hari pertama, puan ketawa. dan terus ketawa pada helaian seterusnya.

'kamu ingat ni buku mewarna ke?!'
'haish, apa nak jadi lar dengan budak budak ni.'

apa pulak? buku RPH aku cantik kot. dihiasi dengan bunga bunga dan daya kreativiti yang lain. aplikasi seni zaman sekolah kot puan. takkan tak boleh nak terima. penat kot saya lukis dan mewarna bagi mencantikkan buku ringkasan harian itu. 

'this is official document, kamu kena hantar hari ni dekat guru besar'

terdiam kami bertiga. seriously? 

'ahad ni hantar dekat GB dengan empat RPH normal'

amboii. guna perkataan normal tuu. 

**
minggu depan ada penyeliaan kali kedua dan pengajaran berpasangan. alahaiii.
tekanan memuncak bersama emosi.

petang ahad latihan rumah sukan
petang isnin latihan bola baling
petang selasa latihan bola tampar
petang rabu sukan dan permainan

khamis, jumaat dan sabtu : perkhemahan unit beruniform. 

ahad sekolah. 

** 
next two weeks ada pertandingan bola baling peringkat daerah. kena buat selection lain untuk player. tahun lepas sekolah ni naik johan, dan tahun ni cikgu hilmi kena ajar. well played syauqie. semua gara gara beliau canang yang aku ada sijil coaching bola baling. sabar . . .

nak balik!

**
p.s : alor setar.
Wednesday, 3 April 2013

.bagaimana harus tenang?.

tak perlu nak berpura pura dengan aku. 

mungkin aku tak kenal kau siapa, tapi aku tahu kau bagaimana.
aku ada sejarah, kau pun ada. 
apa kata kita diam?

kau tak nampak ke dengan apa aku berdiri? 
dengan kaki. 

jadi, bagaimana cara yang mahu kau goyang aku kali ini?
fitnah yang mana?
cerita apa pula? 
cuba lagi. =)

**
p.s : dengan sabar dan solat.

Tuesday, 2 April 2013

.praktikum #1.

tiga period bersamaan sejam setengah. pengalaman mengajar kali pertama bahasa melayu. 

melaksanakan pembelajaran luar bilik darjah. 
guess what, excellent. =)

apa yang lebih menakutkan daripada dipantau oleh guru besar sendiri?
apa yang lebih menakutkan daripada dipantau oleh jemaah nazir yang tiba tiba muncul?

penetapan disiplin dalam kelas. sekaligus perlu untuk memastikan kawalan kelas cemerlang. 
pemilihan budaya kelas dan pelaksanaannya. tetapkan bagaimana supaya semua murid selesa termasuk guru.

inovasi yang aku nak buat kali ini ; 
ajak student kelas kenal Tuhan. 

peduli apa orang kata. aku juga punya pandangan.
tak sabar nak bentangkan idea ini kepada puan pensyarah esok. =)

langkah pertama yang diambil tadi, perkenalkan selawat thobibiyah. jadikan budaya setiap kali sebelum bermula kelas. eksperimen selama sebulan. dan hujung bulan ni nak tengok hasil. doakan saya! 

p.s : berat mata sekarang ini.
Sunday, 31 March 2013

.empat puluh kilometer 'dipandu'.

keadaan hampir kemalangan tadi membawa banyak maksud.

kereta dipandu ke kuala perlis dan tersedar. eh, kenapa sampai sini. 
pusing semula. setibanya di kampus terus terlelap di depan surau dengan kereta yang masih hidup.
pulang ke kamar. sambung ibadah sunyi. 

sebenarnya, sejujurnya, Allah yang pandu kereta tadi. aku tak ingat jalan mana aku ambil. berapa kali berhenti. memang aku tak sedarkan diri masa kereta bergerak. terjaga dari lelap yang sekejap, terus ditanya pada diri sendiri. aku dimana? 

Allahu Allah. 

terima kasih untuk nyawa yang masih lekat ini. 

p.s : pengalaman hampir mati.
Saturday, 30 March 2013

.sem break.

seminggu cuti. institut ini turut menjadi sunyi dalam satu hari ; jumaat.

berhempas pulas aku disini selama lima hari bagi menamatkan kursus sains sukan tahap I. 

puas.
sedap.
seronok.
ilmu baru.

khamis petang, ada amali kecergasan. masyaAllah penatnya. habis sakit satu badan. kali terakhir buat drill yang lasak ni masa tingkatan lima menjelang tournament tae kwan do. combat training. full set. 

yeah, kami lima sekawan geng TKD. berdiri di bawah satu nama pasukan ; waja emas. 

kalau kenang balik zaman tu, memang banyak memori yang tersimpan. suka duka kami. saat letih berlatih. saat berkunjung ke tempat orang. saat jatuh dan risau tiada jalan bangkit. dan kami harus jadi apa dan bagaimana caranya. 

irfan, najib, payad, hakim

nampak muka mereka macam nerd bukan? muka budak budak yang hanya pentingkan keseronokkan, kan? dan ketahuilah, mereka mereka ini pernah memenangi pingat emas dalam kategori masing masing ketika open tournament tae kwan do. =)

irfan dan hakim mampu melakukan 720 degree rotation in air with a kick. bayangkan. 
specialnya fayadh dengan non-stop double kick. 

jangan pandang orang muka cemey ni loi. 

**
kejap lagi bermula lah praktikum fasa pertama.

aku scroll TL, penuh dengan orang post 'ketaq, takut, seram' segala bagai. apakah? pergi je sekolah tu. nak takut apa? atau mungkin aku yang tak risau sebab dapat lecturer pembimbing yang paling dikehendaki mukhtahir ini. hahaha! 

by the way,
got one text message just now.

"esok saya jumpa kamu dekat sekolah pukul 7.15pagi ye" - puan ros.

:') 

**
p.s : saya masih di IPG. 

Wednesday, 27 March 2013

.tentang hati ini.

persoalan hati,

takkan pernah habis. 
takkan pernah hilang.

akan sentiasa wujud.
akan sentiasa hadir.

maka ketika saat ini,
aku harus memilih siapa.
pengaruh kawan, kiri dan kanan.

"jangan pilih budak persatuan isma, ikram, jim, pembina" pesan zahid
"jangan pilih budak opsyen agama" pesan faris
"jangan pilih budak pgpi, nanti susah" pesan din
"jangan pilih budak kelas sendiri" pesan fayadh
"jangan pilih senior, nanti cepat tua" pesan farhan

itu antara pesanan dari sahabat kepada aku dalam memilih teman hidup. memang huraian alasan kesemuanya amat amat memberansangkan. kenapa perlu memilih yang ini, kenapa tidak yang itu ; dihuraikan.

dah lama aku tinggalkan istikharah cinta. bagi aku, belum masanya lagi. 

tipulah kalau nak cakap tak pernah hadir rasa sayang dalam diri aku terhadap kaum hawa. ada. aku juga manusia biasa. yang tak pandai mengatur tutur bicara menghamburkan ayat ayat manis. aku juga punya hati, yang ingin disentuh dan dibelai. tetapi hadirnya rasa itu, perlu dikawal.

pernah. aku pernah dikhabarkan cerita menarik yang melibatkan diri aku. kata mereka, aku 'kacau' seorang junior pemulihan. aku rasa lawak pun ada. kalau betul ada, tunjukkan text message yang datangnya dari aku. tunjukkan panggilan tak dijawab dari aku. aku minta satu saja. mana kalam dari aku yang sampai kepada budak itu? satu patah tak pernah bercakap. satu pesanan ringkas tak pernah dihantar. 

aku tak salahkan siapa yang menyebarkan. aku sedar salah dan silapnya dimana. bermula dengan akid dan moja. aku banyak berlaku serius dalam main main. kata aku minat itu dan ini. dah terbiasa untuk memecah sunyi dan sepi bicara kami. sebab ketelanjuran perkataan aku itu, mula sampai berita ke telinga tuan badan. 

tuan badan yang berpersatuan. itu masalahnya. kecoh sama 'ahli jemaah mereka' .

sabar. 
kecoh kecoh juga.
celaka aku belum tahu bagaimana.

kata hati, aku perlu sabar lebih sedikit.
jangan ikutkan bara baran yang sedia ada.

**

"enta nampak saf yang pertama sampai belakang, pilih ja nak yang mana, mai nak tolong kira"

kepala digeleng tanda tak setuju. 

"budak ipg, uitm, unimap, semua boleh"

geleng lagi, tak nak.

yang datang sini pun banyak budak ipg lar, apa bezanya kalau aku pilih dekat kampus sendiri daripada dekat masjid hijau ni. penuh juga budak budak pgpi dekat sini. yela, walau tak semuanya macam haprak, tapi kebanyakannya begitu. namakan seorang budak pgpi yang aku kagum dan hormat? tiada seorang pun. 

maaf untuk itu. 

mereka buat kerja agama, tolong program dakwah. takkan sampai hati nak mengata mereka? 

alamak. itu bahagian baik, terima. buruk perangai mereka takkan nak terima juga. dah aku tak setuju dengan cara dan pembawakkan mereka. aku nyatakan saja. 

kenapa tak ditegur? 

tunggu. nanti sampai masa. kuliah dhuha. 

tak semua yang teruk. yang keluar dari kelompok 'mereka' pun ada. lelaki dan perempuan. ada kedua duanya. jangan risau, aku tak kata dekat kalian. kumpulan yang tak pakai blackberry. =)

**
p.s : sekadar pandangan peribadi. =)
Tuesday, 26 March 2013

.coret carut #1.

ya saya rindu.

kamu!

saya punya ego, dan kamu juga begitu.

Wednesday, 20 March 2013

.casuale #1.

pintu dikuak. aku menoleh. 

kaku aku melihat seseorang yang tegak berdiri di muka pintu. 

sepertinya, melihat orang mati hidup semula. 
seerti semacam melihat fayadh muncul depan pintu bilik.

dalam kes ni, lain. sahabat yang sangka aku pulang untuk SBE. tetapi ada disini selama empat hari, dan aku langsung tak mengetahui. 

"akid!" tinggi nada. 

'hang dah tak naik bilik aku kan sekarang ni' 

dia berlalu pergi, pulang ke kamar katanya.

kalau aku tahu kau ada disini, setiap malam pasti aku sapa seperti selalunya. setiap petang mesti ada gelak tawa kita, buat penguat gelangang. jika punya masa, pasti cerita luar alam kebiasaan kita akan disambung. masalahnya sekarang. aku tak tahu kau ada di sini. 

p.s : mixed feeling.
Tuesday, 19 March 2013

.cahaya yang berakal.

ada seorang sahabat nak main private mem-private blog.
ke sebab tacink aku private lama sangat? hihi

capaian tentang maklumat aku tinggi.
private je, aku masih mampu baca. *belagak 



p.s : teknologi sekarang. =)
p.s : tapi seeloknya takyah lar private...

Monday, 18 March 2013

.never asked for granted.


aku tahu kau cuba dan terus mencuba. cuba untuk mula semula dari awal. aku tahu kau cuba untuk kembalikan kita pada yang asal. mungkin kau dah sedar yang ego kau tak bermakna lagi bukan? atau kau sedar yang aku jelas bernafas tanpa sekat walaupun dengan ketiadaan kau? semuanya mungkin. tapi, tak rasa kau dah terlambat ke?

the moments where you are respecting your ego more than you respect me, that's the breaking point i tell myself that i made a wrong choice ; again. you made an effort to text me, and yet i'm still not texting back. i'm not even sorry. i'm over you, and please get over yourself too. 

maaf. aku bukan lelaki yang suka perempuan yang jenis layan ramai lelaki. 

you are dreaming for a perfect guy. go and catch him. build your life back. i'm no longer by your side. you asked for someone who can be your 'imam'. that the path, the correct way for a girl to choose her husband-to-be. go for him! the one who always there when you need him. the one who always care about you and yet not even get tired nor boring for treating you. 

kalau bukan kerana dua orang kawan baik kau yang selalu menasihati aku dan menyabarkan aku, aku pasti kau akan menangis setiap malam. aku pasti tidur kau tak lena. perang sarat di twitter boleh dimulakan jika kau mahu. i have all the breaking points that may hurt your feeling. it just your mistake, a very lame one. i'll use against you if needed. tak susah mana kalau kau tahu capaian aku tentang maklumat bagaimana. 

case closed. 

**

sebab dia tudung labuh, aku pula bukan ahli ibadah ; aku salah? 

sebab dia baik dan aku kurang baik ; aku dicop jahat?

sebab dia wakil persatuan agama, aku tiada apa apa ; maka aku tiada ilmu?


jangan. ubah persepsi kalian. setakat kelompok kalian dalam pimpinan, tak tergugat sikitpun dakwah islam aku. kalian ajar budak tu menipu mak ayah, sedar tak? kalian ajak ke majlis ilmu dan jalan jihad dengan harapan beroleh syurga? kalian silap. datangnya selepas Allah dan Rasul ialah ibu bapa. sedangkan penghormatan terhadap ibu dan ayah langsung tak diberi, manakan mahu beroleh ganjaran syurga? 

kita tak masuk syurga dengan amalan, kita masuk syurga dengan rahmat Allah - fiza  

**

tak tercapai akal aku untuk memilih insan yang bakal bergelar isteri yang mana langsung tidak menghormati ibu dan ayah. mintak dijauhkan. sedangkan ibu dan ayah sendiri dah berkira untuk berbakti, bagaimana ibu dan ayah aku nanti? aku nak jaga. ada mana mana perempuan yang sanggup nak jaga sama? aku perlu menjaga syurga aku. isteri tak mampu menjamin syurga buat suami, namun ibu bapa mampu memberi jaminan kesenangan akhirat kelak. perlu khidmat sepenuh hati. tiada istilah aku penat. seiring kita meningkat dewasa, sejajar dengan itu juga ibu bapa kita menjadi tua, menunggu tarikh luput. 

sesungguhnya Allah telah mengawal syurga aku dengan menjauhkan kau dari aku. 

**

p.s : case closed. :")
p.s : tiada manusia sempurna, itu pun kalau kau sedar.