hampir seminggu meninggalkan kampus tercinta. yang tercinta. ya tercinta. dan dengan seminggu itu juga lah aku bermaustatin di negeri sendiri tetapi daerah asing.
pendang.
jarang aku ke mari. jarang sampai ke daerah ini.apatah masuk ke dalam pedalaman mukim sebegini. dengan capaian teknologinya kurang, dengan darjah ketersampaian pun agak mengecewakan. kemudahan usah dibicarakan. photostat sahaja perlu ke pekan pendang. eh, pekan kan? lima belas minit diharungi di atas jalan yang berliku dengan kurang kondusif bersama kabur dek malam dan silau kerana siang.
rumah.
rumah 'sewa' tanpa nama. bil air dan api yang perlu dibayar sahaja. terbaik bukan? itulah anggapan kebanyakkan orang. baru seminggu, satu per satu mula terbongkar. kisah entiti tak dikenali atas nama makhluk Tuhan. taknak cakap banyak. ni tengah malam. tadi ada sorang budak darjah tiga kata ;
"nampak tak tuu, dia kena ikat"
dem!
**
aku rindu IPG. rindu SNI. rindu mereka mereka. rindu sangat.
selalunya, dapat ciuman setiap malam. bunyi macam gay bukan? tapi tak. lelaki perkasa semuanya. khamis malam jumaat, terkejut dengan kelibat payad di masjid. tak cakap nak balik, dah tetiba ada. pipi aku dicium juga di dalam masjid. tak rasa janggal langsung. bukan berlaga pipi, memang ciuman mulut ke pipi. euuwww bukan?
khidmat pesanan ringkas diterima :
nak aku survive dua bulan tanpa hang lah ni?
awak kuat kan? awak sahabat yang kuat kan? teruskan usaha untuk galas tanggungjawab. selesaikan apa yang diperlukan. Allah sayang hambaNya yang berusaha, mana mungkin tak dibalas kejayaan. mungkin ditangguh seketika, awak sabar ye? =)
**
p.s : sanggup ulang alik as-kangaq daripada ulang alik pendang-as.
0 comments:
Post a Comment