Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Saturday, 30 March 2013

.sem break.

seminggu cuti. institut ini turut menjadi sunyi dalam satu hari ; jumaat.

berhempas pulas aku disini selama lima hari bagi menamatkan kursus sains sukan tahap I. 

puas.
sedap.
seronok.
ilmu baru.

khamis petang, ada amali kecergasan. masyaAllah penatnya. habis sakit satu badan. kali terakhir buat drill yang lasak ni masa tingkatan lima menjelang tournament tae kwan do. combat training. full set. 

yeah, kami lima sekawan geng TKD. berdiri di bawah satu nama pasukan ; waja emas. 

kalau kenang balik zaman tu, memang banyak memori yang tersimpan. suka duka kami. saat letih berlatih. saat berkunjung ke tempat orang. saat jatuh dan risau tiada jalan bangkit. dan kami harus jadi apa dan bagaimana caranya. 

irfan, najib, payad, hakim

nampak muka mereka macam nerd bukan? muka budak budak yang hanya pentingkan keseronokkan, kan? dan ketahuilah, mereka mereka ini pernah memenangi pingat emas dalam kategori masing masing ketika open tournament tae kwan do. =)

irfan dan hakim mampu melakukan 720 degree rotation in air with a kick. bayangkan. 
specialnya fayadh dengan non-stop double kick. 

jangan pandang orang muka cemey ni loi. 

**
kejap lagi bermula lah praktikum fasa pertama.

aku scroll TL, penuh dengan orang post 'ketaq, takut, seram' segala bagai. apakah? pergi je sekolah tu. nak takut apa? atau mungkin aku yang tak risau sebab dapat lecturer pembimbing yang paling dikehendaki mukhtahir ini. hahaha! 

by the way,
got one text message just now.

"esok saya jumpa kamu dekat sekolah pukul 7.15pagi ye" - puan ros.

:') 

**
p.s : saya masih di IPG. 

0 comments:

Post a Comment