Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Thursday, 4 April 2013

.praktikum #2.

khamis. dengan tiba tiba puan berdiri di muka pintu bilik guru. terdiam aku. 

'saya nak tengok buku RPH'

buku tebal dipandang, helaian demi helaian diteliti. 

pada ringkasan hari pertama, puan ketawa. dan terus ketawa pada helaian seterusnya.

'kamu ingat ni buku mewarna ke?!'
'haish, apa nak jadi lar dengan budak budak ni.'

apa pulak? buku RPH aku cantik kot. dihiasi dengan bunga bunga dan daya kreativiti yang lain. aplikasi seni zaman sekolah kot puan. takkan tak boleh nak terima. penat kot saya lukis dan mewarna bagi mencantikkan buku ringkasan harian itu. 

'this is official document, kamu kena hantar hari ni dekat guru besar'

terdiam kami bertiga. seriously? 

'ahad ni hantar dekat GB dengan empat RPH normal'

amboii. guna perkataan normal tuu. 

**
minggu depan ada penyeliaan kali kedua dan pengajaran berpasangan. alahaiii.
tekanan memuncak bersama emosi.

petang ahad latihan rumah sukan
petang isnin latihan bola baling
petang selasa latihan bola tampar
petang rabu sukan dan permainan

khamis, jumaat dan sabtu : perkhemahan unit beruniform. 

ahad sekolah. 

** 
next two weeks ada pertandingan bola baling peringkat daerah. kena buat selection lain untuk player. tahun lepas sekolah ni naik johan, dan tahun ni cikgu hilmi kena ajar. well played syauqie. semua gara gara beliau canang yang aku ada sijil coaching bola baling. sabar . . .

nak balik!

**
p.s : alor setar.

0 comments:

Post a Comment