sedikit terkasar dalam bermain dan sakitnya kekal hingga sekarang. ubat, tetap diubati. tapi rasa yang ini tetap ada. sepertinya, tidak mahu kemana mana. betapalah dalam buku lali tuu. -_-"
rasa sakit yang tak mampu diungkapkan. jatuh terus di gelangang futsal dan untaian air mata usah dicerita. apa salahnya nak menangis? sakit tahu? sakit dalaman yang kita tak nampak, lagi sakit. reti? bengkak.
**
sebelum melarat dengan lebih teruk, dengan keadaan aku yang tak mempunyai teman sebilik ; pandu pulang sahaja. lebih baik di rumah sendiri bukan? =)
berhenti untuk menikmati juadah makan malam bersama seorang sahabat, juga dari kampus yang sama.
nasi lemak royale.
sedap.
**
dua jam masa yang diambil untuk makan. haha! banyaknya bersembang.
mereka kata aku jenis yang pendiam. yang tak bercampur dengan orang.
ada betulnya juga.
aku kurang bercakap dengan mereka mereka yang tak berapa nak dikenali. yang aku sendiri tak tahu hati budi dan bicara hati masing masing. masakan nak melawak seperti selalunya? takkan nak perli macam dah biasa? pasti ada ruang 'awkward' yang tercipta dek ketidak-kenalan itu, kan?
di meja bulat itu, seperti ada cerita yang hendak disampaikan ; aku menduga.
dan memang ada. =)
**
"aku block ramai budak budak perempuan dekat tuitter."
"cukup lah kan ada fesbuk aku, yang tuitter bagi lar orang lain pulak follow"
aku ketawa dengan statement tu. begitu rupanya. ramai. ingatkan insan terpilih saja.
sembang.
bicara.
cambahan.
tak lekang dari meja kami, ilmu.
sebab tu aku suka kalau dia jadi imam untuk solat maghrib. pasti akan ada tazkirah ringkas selepasnya. dan tazkirahnya selama ini memang menarik. tak pernah aku jemu. ^^
"aku tak rasa kita akan posting dengan mudah"
.
.
.
**
p.s : dia dah dapat job dengan Telaga Biru. aku bila lagi?
0 comments:
Post a Comment