Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Wednesday, 31 July 2013

.the other part of me #2.

24 Ramadhan, alhamdulillah.

kafarah dosa tujuh hari berterusan dalam fasa maghfirah, harapnya aku tak gagal. 

pensyarah datang dan pulang. guru masuk dan keluar. begitulah dugaan untuk tiga minggu pertama praktikum. 

**

dengar belum kisah playboy aku? pergi cari di setiap penjuru IPG tu, pasti ketemu. 

aku yang dalam kelam dan penuh tanda tanya. sapa pulak nak nak buat cerita ni? apakah sikap menyampai nyampai menjadikan cerita asal dah tak seperti keadaannya yang baik? siapa yang jadi periwayat yang memesongkan cerita? 

sahabat telefon untuk mencerita dan mengkhabarkan kisah gempar ini! 

aku ketawa, tak henti.
rasa macam bodoh pulak. 

takdanya nak takut. tak betul pun stori tu. kalau berani, mai sembang depan depan lar. heh!

kalau kita membawa perwatakan sebagai seorang yang bertudung labuh, jaga perlakuan. peduli lah kau opsyen apa pun. lagi sakit kalau kau memang opsyen agama, datang canang cerita yang bukan bukan. aku tak hensem pun, fitnah lar orang lain. ok?

aku sentiasa gembira. jangan risau. biar yang memerli di tuitter. atau yang mengata terus menerusi pesanan ringkas di henfon. aku tetap gembira. sampai satu masa, giliran kalian pula. percayalah kata aku yakinlah janji Allah   =)

**
the reason people find it hard to be happy is that they always see the past better than it was, the present worse than it is, and the future less resolved than it will be. 

**

p.s : salam sepuluh terakhir ramadhan. 
Sunday, 21 July 2013

.praktikum #2.


hampir seminggu meninggalkan kampus tercinta. yang tercinta. ya tercinta.  dan dengan seminggu itu juga lah aku bermaustatin di negeri sendiri tetapi daerah asing.

pendang. 

jarang aku ke mari. jarang sampai ke daerah ini.apatah masuk ke dalam pedalaman mukim sebegini. dengan capaian teknologinya kurang, dengan darjah ketersampaian pun agak mengecewakan. kemudahan usah dibicarakan. photostat sahaja perlu ke pekan pendang. eh, pekan kan? lima belas minit diharungi di atas jalan yang berliku dengan kurang kondusif bersama kabur dek malam dan silau kerana siang. 

rumah.

rumah 'sewa' tanpa nama. bil air dan api yang perlu dibayar sahaja. terbaik bukan? itulah anggapan kebanyakkan orang. baru seminggu, satu per satu mula terbongkar. kisah entiti tak dikenali atas nama makhluk Tuhan. taknak cakap banyak. ni tengah malam. tadi ada sorang budak darjah tiga kata ;

"nampak tak tuu, dia kena ikat" 

dem!

**

aku rindu IPG. rindu SNI. rindu mereka mereka. rindu sangat. 

selalunya, dapat ciuman setiap malam. bunyi macam gay bukan? tapi tak. lelaki perkasa semuanya. khamis malam jumaat, terkejut dengan kelibat payad di masjid. tak cakap nak balik, dah tetiba ada. pipi aku dicium juga di dalam masjid. tak rasa janggal langsung. bukan berlaga pipi, memang ciuman mulut ke pipi. euuwww bukan? 

khidmat pesanan ringkas diterima :

nak aku survive dua bulan tanpa hang lah ni?

awak kuat kan? awak sahabat yang kuat kan? teruskan usaha untuk galas tanggungjawab. selesaikan apa yang diperlukan. Allah sayang hambaNya yang berusaha, mana mungkin tak dibalas kejayaan. mungkin ditangguh seketika, awak sabar ye? =)

**

p.s : sanggup ulang alik as-kangaq daripada ulang alik pendang-as. 
Thursday, 11 July 2013

.the other part of me #1.

dua ramdhan.

berjaya mengharungi hari hari yang perit. dalam menghampiri ke gerbang madrasah ramdhan yang mulia, fizikal aku kuat tapi sayangnya mental mula memberontak. dek kerana cerita orang, macam dah lost sikit dalam dunia sendiri. 

berkurung.
malu.

pintu bilik dibuka perlahan. taknak toleh. 

'solat dakg?'

**

"awat tiba tiba ni?"
'melawat kawan yang sakit, salah?'

"aku malas dah, aku nak tidoq"
'bangun sembahyang lar bijak, satg kita cerita'

aku tak tau kenapa, mengapa diadakan stori begitu? salah aku sampai tahap mana? selama ni aku diam je. jalan selamat untuk kesemuanya. orang kata, diam. enggan membantah. biar aku jadi pendengar setia walau untuk masalah aku sendiri. dan kau tiba tiba datang jaja stori menyelamatkan diri kau? fuh! 

'takpa mi, nak masuk ramadhan ni maafkan salah dan silap semua orang'
"depa kata doa orang teranaiya dimakbulkan?"

'doalah'
"untuk fitnah itu, moga kembali kepada kamu. untuk dosa itu, moga kamu hilang kuasa yang ada. untuk penipuan selama ini, dibalasnya setimpal. maka selayaknya, aku serahkan kau kepada Tuhan."

"amin cepat!"
'teruk sangat tuu mi'

peduli pulak kau.

**
p.s : tiga ramdhan, mood stabil.