Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Sunday, 28 April 2013

.sungguh aku rindu.

aku penat.

saat ini aku mahukan rehat.
dari segala galanya.

esok dugaan kembali semula.
kampus!

**
selesai pemantauan kali terakhir. aku pulang ke kampus tercinta. melihat, seakan rindu pada suasananya. 

berdiri di tengah gelangang futsal warisan. tersenyum dua tiga orang ketika itu. dihujung sana, aku dengar suara kecil menjerit memanggil aku dan bertanya. tak dipedulikan. aku pura pura tidak mendengar apa apa. ajar sikit. tahu pun rindu. =P

dalam SNI. bermurah hati hendak semua dipeluknya. hampir separuh perlu dicium tangan.

jeritan dari sudut belakang. aku toleh. senyum... 

datang terus kepadaku dan memeluk aku. pelukkan erat. harap ini adalah hadiah rindu yang Kau buatkan. aku tak berkata apa apa. cuma menunggu bicara dari dia. dan ternyata dia rindu. disapa, 'jom makan' merungkai segalanya. :)

**
sudah lama aku tak menyumbangkan suara di SNI. harap subuh kali ni sempat. doakan :) 

p.s : kalau bisa aku nyatakan, pasti akan aku lakukan. 
Monday, 22 April 2013

.praktikum #3.

puan datang. 
terus ke bilik tayangan.

tunggu masa. sepuluh empat puluh lima pagi. 

**
selesai penyelian pertama. aku puas.

ingat aku kisah siapa sedang memerhati? yang penting mengajar dengan cara sendiri. =)
pujian melangit. cantasan membina. 

'fail kamu antara yang terbaik' 

mampu menghidupkan riak. namun, ditepis. sedikit usaha lebih dari orang lain. pooff! good things. 

**
kalau puan tahu, RPH tadi adalah hasil daripada perahan otak setengah jam sebelum bermula kelas. kalau puan tahu fail baru mula disusun pada pukul tujuh empat puluh lima pagi tadi. semuanya kerana Allah. 

mampu? sebelas malam puan call cakap nak datang esok.
dan malam semalam ada bola. epic clash. macam mana nak consider untuk tinggalkan? 

decide untuk masuk tidur. how nice was that rite? 

**
p.s : esok sambung sukantara. 
Thursday, 4 April 2013

.praktikum #2.

khamis. dengan tiba tiba puan berdiri di muka pintu bilik guru. terdiam aku. 

'saya nak tengok buku RPH'

buku tebal dipandang, helaian demi helaian diteliti. 

pada ringkasan hari pertama, puan ketawa. dan terus ketawa pada helaian seterusnya.

'kamu ingat ni buku mewarna ke?!'
'haish, apa nak jadi lar dengan budak budak ni.'

apa pulak? buku RPH aku cantik kot. dihiasi dengan bunga bunga dan daya kreativiti yang lain. aplikasi seni zaman sekolah kot puan. takkan tak boleh nak terima. penat kot saya lukis dan mewarna bagi mencantikkan buku ringkasan harian itu. 

'this is official document, kamu kena hantar hari ni dekat guru besar'

terdiam kami bertiga. seriously? 

'ahad ni hantar dekat GB dengan empat RPH normal'

amboii. guna perkataan normal tuu. 

**
minggu depan ada penyeliaan kali kedua dan pengajaran berpasangan. alahaiii.
tekanan memuncak bersama emosi.

petang ahad latihan rumah sukan
petang isnin latihan bola baling
petang selasa latihan bola tampar
petang rabu sukan dan permainan

khamis, jumaat dan sabtu : perkhemahan unit beruniform. 

ahad sekolah. 

** 
next two weeks ada pertandingan bola baling peringkat daerah. kena buat selection lain untuk player. tahun lepas sekolah ni naik johan, dan tahun ni cikgu hilmi kena ajar. well played syauqie. semua gara gara beliau canang yang aku ada sijil coaching bola baling. sabar . . .

nak balik!

**
p.s : alor setar.
Wednesday, 3 April 2013

.bagaimana harus tenang?.

tak perlu nak berpura pura dengan aku. 

mungkin aku tak kenal kau siapa, tapi aku tahu kau bagaimana.
aku ada sejarah, kau pun ada. 
apa kata kita diam?

kau tak nampak ke dengan apa aku berdiri? 
dengan kaki. 

jadi, bagaimana cara yang mahu kau goyang aku kali ini?
fitnah yang mana?
cerita apa pula? 
cuba lagi. =)

**
p.s : dengan sabar dan solat.

Tuesday, 2 April 2013

.praktikum #1.

tiga period bersamaan sejam setengah. pengalaman mengajar kali pertama bahasa melayu. 

melaksanakan pembelajaran luar bilik darjah. 
guess what, excellent. =)

apa yang lebih menakutkan daripada dipantau oleh guru besar sendiri?
apa yang lebih menakutkan daripada dipantau oleh jemaah nazir yang tiba tiba muncul?

penetapan disiplin dalam kelas. sekaligus perlu untuk memastikan kawalan kelas cemerlang. 
pemilihan budaya kelas dan pelaksanaannya. tetapkan bagaimana supaya semua murid selesa termasuk guru.

inovasi yang aku nak buat kali ini ; 
ajak student kelas kenal Tuhan. 

peduli apa orang kata. aku juga punya pandangan.
tak sabar nak bentangkan idea ini kepada puan pensyarah esok. =)

langkah pertama yang diambil tadi, perkenalkan selawat thobibiyah. jadikan budaya setiap kali sebelum bermula kelas. eksperimen selama sebulan. dan hujung bulan ni nak tengok hasil. doakan saya! 

p.s : berat mata sekarang ini.