Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Sunday, 31 March 2013

.empat puluh kilometer 'dipandu'.

keadaan hampir kemalangan tadi membawa banyak maksud.

kereta dipandu ke kuala perlis dan tersedar. eh, kenapa sampai sini. 
pusing semula. setibanya di kampus terus terlelap di depan surau dengan kereta yang masih hidup.
pulang ke kamar. sambung ibadah sunyi. 

sebenarnya, sejujurnya, Allah yang pandu kereta tadi. aku tak ingat jalan mana aku ambil. berapa kali berhenti. memang aku tak sedarkan diri masa kereta bergerak. terjaga dari lelap yang sekejap, terus ditanya pada diri sendiri. aku dimana? 

Allahu Allah. 

terima kasih untuk nyawa yang masih lekat ini. 

p.s : pengalaman hampir mati.
Saturday, 30 March 2013

.sem break.

seminggu cuti. institut ini turut menjadi sunyi dalam satu hari ; jumaat.

berhempas pulas aku disini selama lima hari bagi menamatkan kursus sains sukan tahap I. 

puas.
sedap.
seronok.
ilmu baru.

khamis petang, ada amali kecergasan. masyaAllah penatnya. habis sakit satu badan. kali terakhir buat drill yang lasak ni masa tingkatan lima menjelang tournament tae kwan do. combat training. full set. 

yeah, kami lima sekawan geng TKD. berdiri di bawah satu nama pasukan ; waja emas. 

kalau kenang balik zaman tu, memang banyak memori yang tersimpan. suka duka kami. saat letih berlatih. saat berkunjung ke tempat orang. saat jatuh dan risau tiada jalan bangkit. dan kami harus jadi apa dan bagaimana caranya. 

irfan, najib, payad, hakim

nampak muka mereka macam nerd bukan? muka budak budak yang hanya pentingkan keseronokkan, kan? dan ketahuilah, mereka mereka ini pernah memenangi pingat emas dalam kategori masing masing ketika open tournament tae kwan do. =)

irfan dan hakim mampu melakukan 720 degree rotation in air with a kick. bayangkan. 
specialnya fayadh dengan non-stop double kick. 

jangan pandang orang muka cemey ni loi. 

**
kejap lagi bermula lah praktikum fasa pertama.

aku scroll TL, penuh dengan orang post 'ketaq, takut, seram' segala bagai. apakah? pergi je sekolah tu. nak takut apa? atau mungkin aku yang tak risau sebab dapat lecturer pembimbing yang paling dikehendaki mukhtahir ini. hahaha! 

by the way,
got one text message just now.

"esok saya jumpa kamu dekat sekolah pukul 7.15pagi ye" - puan ros.

:') 

**
p.s : saya masih di IPG. 

Wednesday, 27 March 2013

.tentang hati ini.

persoalan hati,

takkan pernah habis. 
takkan pernah hilang.

akan sentiasa wujud.
akan sentiasa hadir.

maka ketika saat ini,
aku harus memilih siapa.
pengaruh kawan, kiri dan kanan.

"jangan pilih budak persatuan isma, ikram, jim, pembina" pesan zahid
"jangan pilih budak opsyen agama" pesan faris
"jangan pilih budak pgpi, nanti susah" pesan din
"jangan pilih budak kelas sendiri" pesan fayadh
"jangan pilih senior, nanti cepat tua" pesan farhan

itu antara pesanan dari sahabat kepada aku dalam memilih teman hidup. memang huraian alasan kesemuanya amat amat memberansangkan. kenapa perlu memilih yang ini, kenapa tidak yang itu ; dihuraikan.

dah lama aku tinggalkan istikharah cinta. bagi aku, belum masanya lagi. 

tipulah kalau nak cakap tak pernah hadir rasa sayang dalam diri aku terhadap kaum hawa. ada. aku juga manusia biasa. yang tak pandai mengatur tutur bicara menghamburkan ayat ayat manis. aku juga punya hati, yang ingin disentuh dan dibelai. tetapi hadirnya rasa itu, perlu dikawal.

pernah. aku pernah dikhabarkan cerita menarik yang melibatkan diri aku. kata mereka, aku 'kacau' seorang junior pemulihan. aku rasa lawak pun ada. kalau betul ada, tunjukkan text message yang datangnya dari aku. tunjukkan panggilan tak dijawab dari aku. aku minta satu saja. mana kalam dari aku yang sampai kepada budak itu? satu patah tak pernah bercakap. satu pesanan ringkas tak pernah dihantar. 

aku tak salahkan siapa yang menyebarkan. aku sedar salah dan silapnya dimana. bermula dengan akid dan moja. aku banyak berlaku serius dalam main main. kata aku minat itu dan ini. dah terbiasa untuk memecah sunyi dan sepi bicara kami. sebab ketelanjuran perkataan aku itu, mula sampai berita ke telinga tuan badan. 

tuan badan yang berpersatuan. itu masalahnya. kecoh sama 'ahli jemaah mereka' .

sabar. 
kecoh kecoh juga.
celaka aku belum tahu bagaimana.

kata hati, aku perlu sabar lebih sedikit.
jangan ikutkan bara baran yang sedia ada.

**

"enta nampak saf yang pertama sampai belakang, pilih ja nak yang mana, mai nak tolong kira"

kepala digeleng tanda tak setuju. 

"budak ipg, uitm, unimap, semua boleh"

geleng lagi, tak nak.

yang datang sini pun banyak budak ipg lar, apa bezanya kalau aku pilih dekat kampus sendiri daripada dekat masjid hijau ni. penuh juga budak budak pgpi dekat sini. yela, walau tak semuanya macam haprak, tapi kebanyakannya begitu. namakan seorang budak pgpi yang aku kagum dan hormat? tiada seorang pun. 

maaf untuk itu. 

mereka buat kerja agama, tolong program dakwah. takkan sampai hati nak mengata mereka? 

alamak. itu bahagian baik, terima. buruk perangai mereka takkan nak terima juga. dah aku tak setuju dengan cara dan pembawakkan mereka. aku nyatakan saja. 

kenapa tak ditegur? 

tunggu. nanti sampai masa. kuliah dhuha. 

tak semua yang teruk. yang keluar dari kelompok 'mereka' pun ada. lelaki dan perempuan. ada kedua duanya. jangan risau, aku tak kata dekat kalian. kumpulan yang tak pakai blackberry. =)

**
p.s : sekadar pandangan peribadi. =)
Tuesday, 26 March 2013

.coret carut #1.

ya saya rindu.

kamu!

saya punya ego, dan kamu juga begitu.

Wednesday, 20 March 2013

.casuale #1.

pintu dikuak. aku menoleh. 

kaku aku melihat seseorang yang tegak berdiri di muka pintu. 

sepertinya, melihat orang mati hidup semula. 
seerti semacam melihat fayadh muncul depan pintu bilik.

dalam kes ni, lain. sahabat yang sangka aku pulang untuk SBE. tetapi ada disini selama empat hari, dan aku langsung tak mengetahui. 

"akid!" tinggi nada. 

'hang dah tak naik bilik aku kan sekarang ni' 

dia berlalu pergi, pulang ke kamar katanya.

kalau aku tahu kau ada disini, setiap malam pasti aku sapa seperti selalunya. setiap petang mesti ada gelak tawa kita, buat penguat gelangang. jika punya masa, pasti cerita luar alam kebiasaan kita akan disambung. masalahnya sekarang. aku tak tahu kau ada di sini. 

p.s : mixed feeling.
Tuesday, 19 March 2013

.cahaya yang berakal.

ada seorang sahabat nak main private mem-private blog.
ke sebab tacink aku private lama sangat? hihi

capaian tentang maklumat aku tinggi.
private je, aku masih mampu baca. *belagak 



p.s : teknologi sekarang. =)
p.s : tapi seeloknya takyah lar private...

Monday, 18 March 2013

.never asked for granted.


aku tahu kau cuba dan terus mencuba. cuba untuk mula semula dari awal. aku tahu kau cuba untuk kembalikan kita pada yang asal. mungkin kau dah sedar yang ego kau tak bermakna lagi bukan? atau kau sedar yang aku jelas bernafas tanpa sekat walaupun dengan ketiadaan kau? semuanya mungkin. tapi, tak rasa kau dah terlambat ke?

the moments where you are respecting your ego more than you respect me, that's the breaking point i tell myself that i made a wrong choice ; again. you made an effort to text me, and yet i'm still not texting back. i'm not even sorry. i'm over you, and please get over yourself too. 

maaf. aku bukan lelaki yang suka perempuan yang jenis layan ramai lelaki. 

you are dreaming for a perfect guy. go and catch him. build your life back. i'm no longer by your side. you asked for someone who can be your 'imam'. that the path, the correct way for a girl to choose her husband-to-be. go for him! the one who always there when you need him. the one who always care about you and yet not even get tired nor boring for treating you. 

kalau bukan kerana dua orang kawan baik kau yang selalu menasihati aku dan menyabarkan aku, aku pasti kau akan menangis setiap malam. aku pasti tidur kau tak lena. perang sarat di twitter boleh dimulakan jika kau mahu. i have all the breaking points that may hurt your feeling. it just your mistake, a very lame one. i'll use against you if needed. tak susah mana kalau kau tahu capaian aku tentang maklumat bagaimana. 

case closed. 

**

sebab dia tudung labuh, aku pula bukan ahli ibadah ; aku salah? 

sebab dia baik dan aku kurang baik ; aku dicop jahat?

sebab dia wakil persatuan agama, aku tiada apa apa ; maka aku tiada ilmu?


jangan. ubah persepsi kalian. setakat kelompok kalian dalam pimpinan, tak tergugat sikitpun dakwah islam aku. kalian ajar budak tu menipu mak ayah, sedar tak? kalian ajak ke majlis ilmu dan jalan jihad dengan harapan beroleh syurga? kalian silap. datangnya selepas Allah dan Rasul ialah ibu bapa. sedangkan penghormatan terhadap ibu dan ayah langsung tak diberi, manakan mahu beroleh ganjaran syurga? 

kita tak masuk syurga dengan amalan, kita masuk syurga dengan rahmat Allah - fiza  

**

tak tercapai akal aku untuk memilih insan yang bakal bergelar isteri yang mana langsung tidak menghormati ibu dan ayah. mintak dijauhkan. sedangkan ibu dan ayah sendiri dah berkira untuk berbakti, bagaimana ibu dan ayah aku nanti? aku nak jaga. ada mana mana perempuan yang sanggup nak jaga sama? aku perlu menjaga syurga aku. isteri tak mampu menjamin syurga buat suami, namun ibu bapa mampu memberi jaminan kesenangan akhirat kelak. perlu khidmat sepenuh hati. tiada istilah aku penat. seiring kita meningkat dewasa, sejajar dengan itu juga ibu bapa kita menjadi tua, menunggu tarikh luput. 

sesungguhnya Allah telah mengawal syurga aku dengan menjauhkan kau dari aku. 

**

p.s : case closed. :")
p.s : tiada manusia sempurna, itu pun kalau kau sedar.