Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Tuesday 23 September 2014

.sekolah cuti, kami pun cuti.

aku rasa cuti mid sem break baru baru ni dihabiskan dengan baik. yang pastinya proses penambahan berat berlaku dengan pantas dan effisyen macam magnesiun react dengan air. boleh ke macam tu? tak. nak habaq kata cepat. haha 

kenduri tetap dah. 
jadi driver mak ayah memang dah.
jadi doktor haiwan kepada along pasti.
berfoya foya dengan kawan, itu paling tinggi.  


NCA berhenti di hadapan rumah. 

"mak, ni abang hazeeq"
'eh, ada lagi ka senior?'

"dak mak, nama dia abang hazeeq"
'ok, awat tak habaq' 

nak habaq lar ni......

**

petang tu tunjuk tempat special dekat beliau. ronda batas ban. tahukah anda? haha. kebetulan musim menuai, memang rancak lah aktiviti petang-petang. 

'tu apa tu?'
"tu mesin padi, guna untuk amik padi"
'oooo.. besar jugak'

orang menjala ikan.
orang mengail ikan.
traktor gembur sawah.
orang bubu ikan. 
orang tahan pukat.
budak mandi sungai.
awek cun melepak.

apa yang kami tak tengok? hahaha. 

**

malam tu tengok wayang, cerita The Maze Runner. tak perlu nak ulas, boleh baca sinopsis dengan IMDb. hoho 

''abang, prokduktif lar sikit, cmna nak kawin cmnii''
'nak aku kawin dengan sapa?'

"budak kelas hang lar"
'sapa?'

"erin!" hahaha! 

'dia budak bandar mie, dan dia dah ada pakwe'

ayat takleh blah gila. budak bandar takyah kawin ka? heh. 

**

malam tu malam gosip.
a-z.

sampai terlena.  

apa? ingat laki takleh gosip kaa? 

***

p.s : kami berdiri masa nyanyi lagu negaraku dalam panggung wayang. 


Sunday 24 August 2014

.final year student ; part I.

dah lama tak singgah blog sendiri. apa tah lagi blog orang lain. memang tak lah kan. 

pelajar tahun akhir. 

dalam dua semester terakhir ni, banyak benda yang aku dah buat. baik dan buruk. besar dan kecil. semester lepas punya pulun praktikum tiga bulan dekat sekolah berprestasi tinggi. tekanan pun tinggi. kadang kadang kita tak perlu percaya mitos ciptaan orang lain berkenaan pengalaman mereka. ambil, ingat dan simpan. 

jika belum pun bermula kita dah mula fikir yang bukan bukan, habis macam mana nak survive? teringat athirah tanya. 

"macam mana akhi boleh bertahan tiga bulan dekat sini? kami dah tak tahan"

kami orang orang hebat. campak ke sintok, kami ubah sekolah. siap bina tapak perkhemahan. dari tiada kepada ada. dari sekecil bata sehingga sebesar binaan yang ada. dibuang ke pendang, dan kami disayangi semua guru yang ada. makanan percuma sudah pasti. niat sahaja, pasti tertunai. haha

di tengah bandar kangar. hubungan yang kami ada, hebat. seronok di situ. best tak best, mai sekolah pukul lapan pun rilex saja. bawa budak budak lepak, main dan menyanyi. di kelas? tak. di dewan besar. haha. dan mula lah suntik semangat semangat dan budaya lain. 

adakan bbq terbuka dengan cikgu cikgu lelaki. heaven. 
dua minggu sekali melawat tanah thai. 
futsal pada malam minggu. 

diterima dengan baik oleh warga sekolah. hahaha

**

actually, main point nak cakap pasal final year student bukan pasal tugasan tugasan lepas. nak cakap pasal cari pasangan hidup. euuww.

geli? but reality does hit us. 
ya atau tidak, perlu mencari. 

tipulah kalau nak cakap aku tak ada suka sesiapa. tipulah kalau nak kata yang aku tak pernah ada perasaan dekat gadis gadis comel. aku hentam pakai comel dekat semua orang yang aku suka. dah benda subjektif, jangan dipertikai. haha. 

fayadh ada cakap. 

"mi, dah lima tahun kot. dia dah berubah atas sampai bawah"

memang. aku pun dah berubah atas sampai bawah. 

'hang jumpa dia dekat mana?' 
"selalu masa nak p surau"

'hang nak p surau gak ka time tu?'
"dak, aku nak keluar makan" 

hampeh punya payad. hahaha. 


biarlah aku terus tunduk menghadap dunia. mengharap belas dari Illahi, supaya diberi sebenar benar petunjuk. kepada siapa dan atas dasar apa. 

**
p.s : before i love and leave.


Monday 7 July 2014

.that an ache i still remember.

"nanti dia turun amek"

kena dah aku. 

orang lain request, orang lain turun tuntut. 

**

bungkusan bertukar tangan. berlalu pergi dengan segera. 

'marah orang lagi ka?'  soalan cepu cemas, mencari ruang bicara baru.

are you fucking kidding me? it have been one and a half years since the last time we met and had a conversation. and now you are asking me what i feel? canggih.... 

"takdak lah, menyesal sikit je"

'menyesal sebab apa?'
"sebab habiskan dua tahun dengan orang yang tak pernah hadirkan rasa cinta dalam diri dia"

'tak boleh ke kita jadi kawan?'
"you were set free and you wont say hello to the kidnapper"

**

p.s : you can addicted to certain types of sadness.
Monday 23 June 2014

.and life goes on.

penat.

penat maintain perniagaan.
memang kena dua puluh empat jam online.

**

customer tanya stock ready ke tak.
customer complain kata reply lambat.
customer complain kata tak layan pm fesbuk. 

kalau dah tengah kuliah, macam mana nak check stock?
kalau dah empat puluh satu chat sesekali tuu, macam mana nak reply semua? 
*menangis. 

**

p.s : mohon sesiapa tolong aku, dapat upah rm 500 sebulan :) 



Wednesday 18 June 2014

.apa ada pada persatuan?.

ada sahabat tanya. 

'salahkah join ISMA?'

sapa kata salah? tak salah dekat mana mana. cuma hang bodoh saja lar. 
ISMA macai. 

**

'IKRAM ada usrah untuk saling mengingatkan..'

bukan itu saja usrah yang wujud dalam atmosfera malaysia ni. biarlah yang mengingatkan kita tu orang yang faqih. tak cukup saja dengan alim. beramal dengan ucapan dan nasihat yang keluar dari mulut beliau sendiri. bukan jenis yang cakap pandai. 

kalau dah hidup mati dengan 'persatuan itu', memang takleh nak buat apa. memang die hard dah. 

aku ada pengalaman juga. join usrah PEMBINA. 
takdak pengisian.
kalau ada, tak cukup.

rasa diperbodohkan.

**

duk jadi golongan syariat sepanjang masa, bila nak maju? 

'syariat dengan hakikat kena seiring, kalau kurang salah satu maka kurang pada agama yang ada pada diri mu' - Syeikh Zainul Asri Ramli

tak tau beza syariat dengan hakikat? 
tulah. join persatuan pelik pelik lagi. 
heh. 

dah ada jemaah yang dipimpin ulama', gagah juga nak cari jemaah yang lain. jenis buta macam ni, susah. 

**

p.s : tak berniat nak kata bodo, tapi kalau hakikatnya memang bodo, kata jela. 


Sunday 27 April 2014

.i will find out everything eventually.

lama tak menjengah.
hai blog *sapu sawang labah labah

hahaha.

**

tadi blog walking. punya berjalan sampai subuh. lama kan? 

buat background research sikit. seorang dengan nama yang diberi oleh orang lain. seorang lagi untuk diri sendiri. ada kepentingan yang tersendiri. hasil pemerhatian dan kajian yang dijalankan membawa kepada hasil yang mengejutkan. 

seriusly, terkejut.

dan sekarang aku sedar. iman tak diwarisi. 

**

p.s : aku dah cakap, jangan. kau degil. 
Tuesday 21 January 2014

.Dia yang membolak balikkan hati.

kalau boleh aku rangkumkan semua yang berada di minda menjadi satu perkataan, pastinya perkataan itu ialah

bahagia ^^

**
senang hati kerana diuji.
suka hati kerana diberi kepercayaan.

ALLAH Maha Hebat. 

**

p.s : define 'khalifah'.