Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Sunday, 24 August 2014

.final year student ; part I.

dah lama tak singgah blog sendiri. apa tah lagi blog orang lain. memang tak lah kan. 

pelajar tahun akhir. 

dalam dua semester terakhir ni, banyak benda yang aku dah buat. baik dan buruk. besar dan kecil. semester lepas punya pulun praktikum tiga bulan dekat sekolah berprestasi tinggi. tekanan pun tinggi. kadang kadang kita tak perlu percaya mitos ciptaan orang lain berkenaan pengalaman mereka. ambil, ingat dan simpan. 

jika belum pun bermula kita dah mula fikir yang bukan bukan, habis macam mana nak survive? teringat athirah tanya. 

"macam mana akhi boleh bertahan tiga bulan dekat sini? kami dah tak tahan"

kami orang orang hebat. campak ke sintok, kami ubah sekolah. siap bina tapak perkhemahan. dari tiada kepada ada. dari sekecil bata sehingga sebesar binaan yang ada. dibuang ke pendang, dan kami disayangi semua guru yang ada. makanan percuma sudah pasti. niat sahaja, pasti tertunai. haha

di tengah bandar kangar. hubungan yang kami ada, hebat. seronok di situ. best tak best, mai sekolah pukul lapan pun rilex saja. bawa budak budak lepak, main dan menyanyi. di kelas? tak. di dewan besar. haha. dan mula lah suntik semangat semangat dan budaya lain. 

adakan bbq terbuka dengan cikgu cikgu lelaki. heaven. 
dua minggu sekali melawat tanah thai. 
futsal pada malam minggu. 

diterima dengan baik oleh warga sekolah. hahaha

**

actually, main point nak cakap pasal final year student bukan pasal tugasan tugasan lepas. nak cakap pasal cari pasangan hidup. euuww.

geli? but reality does hit us. 
ya atau tidak, perlu mencari. 

tipulah kalau nak cakap aku tak ada suka sesiapa. tipulah kalau nak kata yang aku tak pernah ada perasaan dekat gadis gadis comel. aku hentam pakai comel dekat semua orang yang aku suka. dah benda subjektif, jangan dipertikai. haha. 

fayadh ada cakap. 

"mi, dah lima tahun kot. dia dah berubah atas sampai bawah"

memang. aku pun dah berubah atas sampai bawah. 

'hang jumpa dia dekat mana?' 
"selalu masa nak p surau"

'hang nak p surau gak ka time tu?'
"dak, aku nak keluar makan" 

hampeh punya payad. hahaha. 


biarlah aku terus tunduk menghadap dunia. mengharap belas dari Illahi, supaya diberi sebenar benar petunjuk. kepada siapa dan atas dasar apa. 

**
p.s : before i love and leave.