aku rasa cuti mid sem break baru baru ni dihabiskan dengan baik. yang pastinya proses penambahan berat berlaku dengan pantas dan effisyen macam magnesiun react dengan air. boleh ke macam tu? tak. nak habaq kata cepat. haha
kenduri tetap dah.
jadi driver mak ayah memang dah.
jadi doktor haiwan kepada along pasti.
berfoya foya dengan kawan, itu paling tinggi.
NCA berhenti di hadapan rumah.
"mak, ni abang hazeeq"
'eh, ada lagi ka senior?'
"dak mak, nama dia abang hazeeq"
'ok, awat tak habaq'
nak habaq lar ni......
**
petang tu tunjuk tempat special dekat beliau. ronda batas ban. tahukah anda? haha. kebetulan musim menuai, memang rancak lah aktiviti petang-petang.
'tu apa tu?'
"tu mesin padi, guna untuk amik padi"
'oooo.. besar jugak'
orang menjala ikan.
orang mengail ikan.
traktor gembur sawah.
orang bubu ikan.
orang tahan pukat.
budak mandi sungai.
awek cun melepak.
apa yang kami tak tengok? hahaha.
**
malam tu tengok wayang, cerita The Maze Runner. tak perlu nak ulas, boleh baca sinopsis dengan IMDb. hoho
''abang, prokduktif lar sikit, cmna nak kawin cmnii''
'nak aku kawin dengan sapa?'
"budak kelas hang lar"
'sapa?'
"erin!" hahaha!
'dia budak bandar mie, dan dia dah ada pakwe'
ayat takleh blah gila. budak bandar takyah kawin ka? heh.
**
malam tu malam gosip.
a-z.
sampai terlena.
apa? ingat laki takleh gosip kaa?
***
p.s : kami berdiri masa nyanyi lagu negaraku dalam panggung wayang.