Copyright © Do Not Follow Me, I'm Lost Too
Design by Dzignine
Wednesday, 19 June 2013

.doktrin sebelum ramadhan.

mahu segera bergegas pulang ke negeri tercinta. aku menghitung supaya segalanya mudah dan insyaAllah dipermudahkan. 

kelas tamat jam dua belas tengahari.
petang training.
malam kuliah.

enggan mengeraskan hati untuk tidak bersama dalam majlis ilmu semata mata mengejar kesempatan menikmati hal dunia. sepertinya sudah boleh pulang pada saat dan waktu usai solat zuhur. 

**

'enta ada minyak atar?' tanya murobbi. 

dicalit sedikit di tangan beliau. beliau menarik tangan dan melarikannya diatas baju dan muka. ingin rasa segar sebelum berbicara bersama anak anak juang yang lain, selepas aku.

'praktikum mana?' 
"pendang" 
'tudiaaaaaa... jauhnyaa'

aku senyum nipis segaris.

tangan diraih. dicium kiri dan kanan. aku membisik, nak balik aloqstaq, seruan ibu. =)

'ni payah kalau rumah dekat' gumam beliau. 

**
wajah ulama' tersohor negara dari indonesia dipadang.

syeikh nuruddin marbu al banjari al makki masih tenang dengan pengucapan dialek nusantara yang pekat namun mampu juga difahami. tausiyah dan nasihat berantai dan saling mengingatkan.

'kita pegang konsep yang ALLAH Maha Melihat, cukup!' dari hadapan masjid yang jelas membulatkan mata jemaah yang pada ketika itu lentok dek dingin angin subuh. yaa, termasuk aku.

*

perlahan beliau menghamipiri. kaget. aku memegang motosikal tanpa lepas dan keras membatu. 
syeikh memandang dan tersenyum.

dalam hati, fuh! ingatkan nak suruh bawak pusing taman perumahan ni. =P

**

p.s : rantaian tali tarbiyah Allah tak pernah hilang. ada, carilah mesti ada. 
Monday, 10 June 2013

.lautan dalam jangan diduga.

masuk akal. 

aku baca berulang kali 'surat cinta' yang dihantar itu. aku tak nampak apa puncanya. 
aku baca dan terus membaca.

satu ketika aku pernah berkata. 'tak salah nak jadi diri sendiri'.
ramai yang bersetuju, tapi tak semuanya mampu menerima. 
lawak. belot pada kepercayaan dan pegangan diri sendiri. 

kalau nak buat keputusan yang melibatkan orang lain, kena berbincang.
efek hidup orang sekeliling.
bukan diri sendiri saja.

aku boleh pergi sejauh heartless-i dont know who are you. 


i'm done for whatever it is - Jesse

**

p.s : respon hanya pada perbincangan bukan keputusan.